Monday, November 16, 2009

sengal-sengal ubi kayu

Last day exam..?
subjek berat utk last day exam..?
mmg cuak dibuatnya...
tahap kedunguan aku time tu..?
adeihhh...xyah ckp ah..huhu...

kehulu-kehilir aku di luar dewan peperiksaan yang dinamakan sebagai Dewan Tan Seri Othman (DTSO) sambil menunggu dipanggil masuk. seramai dua(2) org lecturer ak call utk revise apa yang dah ak belajar...lepas dah dipanggil masuk, aku pun dengan yakinnya masuk la dengan kawan-kawan yang lain. aku dapat meja ke-3 dari depan. lepas baca doa-doa semua, soalan tu tiba-tiba buat perasaan aku bercelaru..haru-biru,upside-down.. ea ah...aku tak faham langsung soalan..sbb sebuk "study" sampai tertidur awal agaknya...


..hahaha...(memang tekun aku study ngan ym malam tu sampai tidur lambat...)
nak dijadikan cerita, dengan keadaan aku yang seolah-olah sedang sakit mata (ea ah..,berat sgt mata neyh..huhu), pikir punya pikir apa yang soalan tu nak, tau-tau aku terkejut, terbangun.. terbangun sejam kemudian...aku pun tak berapa ingat mimpi apa yang buat aku terjaga..(mimpi yang tak sudah-sudah agaknya..hoho)..

tapi mungkin juga mimpi tentang masa depan hidup berkeluarga agaknya...
ngeeeeeeeeee....
bersama anak dan isteri-isteri...
(ooopss...maksud aku bersama anak-anak dan isteri...hihi..)

em..!
nak tau apa hasil dari mimpi tu..?
hahaha...
MEJA AKU SUDAH BASAHHHHHHHHHHH...!!!!!
dengan coolnya aku buat muka slumber mcm tiada apa-apa yang berlaku..
(dalam keadaan terdesak, necktie pn bley jadi tisu..hahaha)
kemudian..aku seolah-olah mendapat ilham,bersemangat aku menjawab soalan..tapi semangat aku tiba-tiba dipatahkan oleh beberapa orang pengawas peperiksaan yang sedang duduk kat depan dewan..dengan muka senyum-senyum sambil pandang aku..,aku mula yakin yang mereka sedang bergembira berkongsi pengalaman yang paling bermakna tu bersama-sama aku...
aku malu betol...hmmmm
Lepas satu hal,datang pulak satu hal lain..adoiii...
tiba-tiba aku sakit gigi yang teramat "tahniah"(kata seorang kenalan aku neyh),
aku pun dah tak fikir pasal soalan dah..aku cuma fikir pasal tindakan yang perlu aku ambil untuk hilangkan sakit gigi tu...sebab tak tahan, sakit sgt2 yang teramat sgt2 tuh..,aku pn gigit ah jari aku guna gigi yang sakit tu..aku pn tak faham kenapa,tapi ia seolah-olah satu tindakan di luar kawalan(menggigit jari bila sakit gigi)...aduhhh...kebetulan pulak ada seorang akak pengawas neyh sedang tengok aku..
pada waktu dan ketika itulah aku seolah-olah mendapat satu pengiktirafan tertinggi sbg seorg yang sengal..
(ea lah..tgk akak tu sambil gigit jari..)
kemudian dengan jayanya aku menjawab beberapa soalan selepas melihat senyuman comel akak tu..kemudian, aku pun dengan yakinnya dan tergesa-gesanya keluar dari dewan tu..nak pergi farmasi..ea lah..sakit gigi belom hilang-hilang lagi neyh..bila dah sampai bangunan farmasi tu, dengan cepat aku matikan enjin motor yang aku pinjam daripada Ubi(nama kawanku si empunya motosikal). sebaik aku bukak mulut sebut "ubat..... ", baru aku perasan aku masuk kedai komputer...dengan plastiknya senyuman aku tu,aku keluar dari kedai tu tanpa rasa bersalah,aku pn masuk lah kedai sebelah lak..(kali ni betul-betul sebuah farmasi yang menjual produk kesihatan)...
(lagipun bkn salah aku pintu masuk kedua-dua kedai tu lebih kurang samanya..)
lepas mintak ubat, cashier tu ckp.."mkn bila perlu..bla..bla..bla..4 ringgit semuanya..."
aku pn bayarlah kat cashier tu...pastu dengan terkejut cashier tu ckp lg kat aku.."adik,4 ringgit.. adik.."
aku pun pelik..padahal aku dah bg duit kat dia.."aku ni pelupa ka.."(hati aku berbisik)...
kemudian dengan menggelabahnya aku bagi semula duit kat dia..berterabur duit kecil atas meja tu aku keluarkan..rupa-rupanya aku bayar dengan rm50 td..padahal dia cuma nk tanya aku samada aku punya duit yang lebih kecil..huhuhu..pantas betul tindakan aku td...hahaha...
sekali lagi aku malu..
kemudian kakak cashier tu menghantar aku keluar dengan penuh senyuman...
(dia risau kalau-kalau ada masalah lain timbul agaknya..dia gak yang susah nanti...)

padahal ini bukan kejadian sengal pertama yang selalu datang bertandang..
jadi aku taklah malu sangat..cuma aku agak sedikit segan sebab aku merasakan yang aku telah memperoleh "pingat sengal" yang berharga...kerana menjadi sengal berturut-turut dalam beberapa situasi serius pada hari ini...
mungkin pingat tu mcm ni kot...

hahahaaa...
moral valuenya, jangan segan untuk melakukan apa-apa pn untuk kebaikan diri kita dan masyarakat sekeliling, selagi ia tidak melanggar peraturan..kerana apa-apa kelebihan atau kekurangan yang kita hadapi, anggaplah ia sebagai sebuah kehidupan yang saling bergantungan...
senyum-senyum selalu...
peace....;-)

0 comments: